Bufet ‘Eat-Chew Weekend’ Moxy Putrajaya Kini Berwajah Baharu


Moxy Putrajaya memperkenalkan wajah baharu Bufet Makan Malam ‘Eat-Chew Weekend’ di Restoran Three.6.5, menawarkan pengalaman makan malam hujung minggu yang lebih meriah dengan gabungan hidangan tempatan, sajian Asia dan menu fusion dalam suasana santai serta penuh karakter.



Berlangsung secara eksklusif setiap Jumaat dan Sabtu, bufet makan malam ini menjadi pilihan menarik buat mereka yang mahu meluangkan masa berkualiti bersama keluarga, rakan-rakan atau pasangan tanpa perlu memikirkan kesibukan rutin harian.








Dengan konsep yang santai dan bersahaja, tetamu boleh menikmati kepelbagaian menu sambil menghayati suasana unik Moxy Putrajaya. Ia juga sesuai untuk mereka yang merancang percutian singkat di Putrajaya atau sekadar mencari lokasi makan malam hujung minggu yang menawarkan lebih daripada sekadar hidangan buffet biasa.

Pelbagai Pilihan Hidangan Untuk Dinikmati

Bufet Eat-Chew Weekend yang diterajui oleh Chef Jimmy bersama pasukan kulinari Moxy Putrajaya menampilkan pelbagai pilihan hidangan yang disediakan untuk memenuhi selera penggemar makanan tempatan, Asia dan antarabangsa.





Antara tarikan utama ialah Seafood on Ice, yang menyajikan pilihan makanan laut seperti udang harimau, kekapis dan kupang. Bagi penggemar makanan Jepun pula, Sushi & Sashimi Corner menawarkan pilihan sushi dan sashimi yang sesuai dinikmati sebagai pembuka selera.

Pengunjung turut boleh mencuba Sup Daging Berempah Corner, selain beberapa sajian yang membawa sentuhan kreatif Moxy seperti Moxy Ayam Gunting, Signature Moxy Fried Rice dan Lobster Masak Lemak.



Bagi mereka yang menggemari hidangan yang dimasak secara langsung, pengalaman makan malam turut dilengkapkan dengan pilihan seperti Maggie Wagyu Beef Sukiya, Carving Station dan Moxy Grill Cart.

Kepelbagaian ini menjadikan pengalaman Eat-Chew Weekend lebih menarik kerana tetamu bukan sahaja boleh memilih hidangan kegemaran, malah berpeluang mencuba menu yang berbeza dalam satu sesi makan malam.

Hujung Minggu Lebih Santai di Moxy Putrajaya

Apa yang menarik tentang Eat-Chew Weekend ialah konsepnya yang tidak terlalu formal. Selari dengan identiti Moxy yang lebih santai dan moden, pengalaman menjamu selera di sini direka untuk dinikmati secara santai bersama orang tersayang.

Bagi keluarga yang mencari buffet dinner di Putrajaya, pasangan yang mahu menikmati makan malam hujung minggu atau rakan-rakan yang ingin berkumpul sambil menikmati pelbagai jenis makanan, bufet ini boleh menjadi salah satu pilihan untuk dimasukkan dalam senarai.

Dengan gabungan makanan laut, sushi, hidangan Asia, makanan panggang dan stesen masakan secara langsung, tetamu mempunyai lebih banyak pilihan untuk diteroka sepanjang sesi makan malam.

Eat-Chew Weekend, Destinasi Makan Malam Hujung Minggu

Bufet ‘Eat-Chew Weekend’ di Moxy Putrajaya menawarkan pendekatan yang lebih santai terhadap pengalaman buffet, dengan pilihan menu yang pelbagai dan suasana yang sesuai untuk menikmati hujung minggu tanpa tergesa-gesa.

Jika anda sedang mencari buffet makan malam di Putrajaya, pengalaman ini boleh menjadi pilihan untuk menikmati pelbagai hidangan dalam satu lokasi, daripada makanan laut segar dan sushi sehinggalah sajian Asia serta menu istimewa Moxy.



Harga Biasa  
Dewasa : RM118 nett
Kanak-Kanak : RM59 nett

Harga Club IOI dan Marriot Bonvoy 
Dewasa : RM100 nett
Kanak-Kanak : RM50 nett

Jadi, untuk hujung minggu akan datang, apa kata ajak keluarga atau rakan-rakan dan nikmati pengalaman Eat-Chew Weekend di Moxy Putrajaya?

Eat-Chew Weekend
Lokasi: Restoran Three.6.5, Moxy Putrajaya
Hari: Setiap Jumaat & Sabtu
Konsep: Bufet makan malam hujung minggu


Comments

Popular Posts

INSTAGRAM