Bufet Ramadan St Giles Boulevard Kuala Lumpur Sajikan Selera Bonda, Kelly Azman & Ani Mayuni Hiburkan Tetamu
Terletak di lokasi yang strategik, Mid Valley pengunjung boleh menjamu selera ketika ramadan di Selera Bonda Buffet Dinner di St Giles Boulevard Hotel, Mid Valley, menawarkan hidangan lazat yang meraikan cita rasa 'air tangan' seorang ibu.
Menu Biasa, Rasa Luar Biasa
Berkesempatan menghadiri sesi 'preview' bufet Ramadan mereka baru-baru ini, ternyata menu-menu yang tersedia seperti sudah kelaziman kita lihat. Antaranya seperti Telur Goreng Masak Kicap, Ayam Goreng Berempah, Siput sedut masak lemak, Kambing Gulai Kawah dan lain-lain lagi.
Ketika itu sudah terfikir dalam pemikiran penulis, adakah citarasa menu-menu 'biasa' ini mampu menangkap selera tetamu?
Ya! Meski hanya sekadar lauk Telur Masak Kicap, namun rasanya ternyata sedap! Berdasarkan pengalaman penulis dalam membuat ulasan makanan, tema Selera Bonda ini lazimnya merujuk kepada kerinduan seorang perantau kepada air tangan ibunya. Dengan tema ini, sedikit sebanyak pengunjung dapat mengubati kerinduan.
Selain menu yang dinyatakan, terdapat beberapa tarikan lain seperti Kambing Golek, Ayam Percik, Aneka Gorengan dan Bakar dan lain-lain lagi.
Kelly Azman Dan Ani Mayuni Wajah Ramadan St Giles Boulevard
Bukan itu sahaja, sepanjang Ramadan penghibur yang sentiasa mencuri perhatian warganet, Kelly Azman bersama penyanyi terkenal, Ani Mayuni akan menghiburkan pengunjung yang menikmati hidangan di St Giles Boulevard.
Pada pandangan peribadi penulis, untuk anda yang merancang ingin membeli-belah di Mid Valley Megamall atau The Garden, berbuka sahaja di sini untuk kemudahan yang pelbagai.
Bufet Ramadan akan berlangsung setiap hari bermula dari 4 Mac hingga 28 Mac 2025 dengan kadar harga seperti berikut:
Untuk tempahan :
Tel : +6012-400 869
Website : www.stgileshotels.com
Harga Early Bird ( Pembelian Sebelum 4 Mac 2025)
- RM85 nett
Harga Normal
- Dewasa : RM 118 nett
- Kanak-kanak : RM 59 nett
Nota Penulis :
- Lokasi sajian gorengan dan bakar di tepi kolam renang menarik, namun pihak hotel harus menyediakan plan B sekiranya hujan lebat seperti tempoh hari yang menyukarkan pengunjung untuk mengambil makanan. Baju penulis juga basah dan pinggan makanan turut mengandungi 'pakej tambahan' air hujan.
Comments
Post a Comment