Bufet Ramadan Moxy Putrajaya - Pengalaman Berbuka Paling Chill!
Ramadan kali ini, Moxy Putrajaya bawakan pengalaman berbuka dengan tema Lepak Bazaar 2.0 Bertempat di restoran Three.6.5, bufet ini menggabungkan tradisi bazar Ramadan dengan sentuhan moden dan suasana yang lebih santai.
Gabungan Pelbagai Suasana
Berpeluang untuk mencuba pelbagai jenis menu yang dihidangkan ketika sesi 'preview' tempoh hari, bagi penulis secara peribadi gemarkan suasana nya.
Meski moden, namun pelbagai juadah tradisi dan pelbagai tidak dilupakan.
Sajian Tarikan Daripada 6 Orang Cef
Ini termasuk 6 menu khas daripada 6 orang cef sebagai pelengkap tarikan bufet Ramadan di Moxy Putrajaya.
Cef Shah Dinie (Melaka) – Menampilkan Gulai Kawah yang kaya dengan rasa
Cef Syazwan (Kelantan) – BBQ Kambing Golek yang sentiasa menjadi tumpuan ramai
Cef Syahmi (Pahang) – Popiah Rangup dengan inti penuh rasa klasik
Cef Jeremy (Sabah) – Pasta on the Wheel, dibuat secara langsung di hadapan pengunjung
Cef Haniff (Kuala Lumpur) – Bakar-Bakar, sajian panggang yang pelbagai
Cef Dzarif (Negeri Sembilan) – Murtabak Moxy, antara mesti cuba di sini
Selain daripada menu diatas, jangan lupa untuk mencuba Mi Hiris China Muslim Restaurant yang dimasak secara langsung. Difahamkan ia merupakan resipi dan tradisi khas dari ShanXi, China
Sepanjang bufet berlangsung juga, pengunjung akan dihiburkan dengan persembahan buskers dengan pelbagai jenis lagu ketuhanan dan nostalgia raya.
Harga
RM168 nett dewasa
RM84 nett kanak-kanak
Untuk tempahan
Bufet Ramadan bermula : 1 – 30 Mac 2025
Lokasi : Three.6.5 Restaurant, Moxy Putrajaya
Tempahan: Call 03-8328 1111 | WhatsApp +6012 824 9101
Nota Penulis : Suka dengan seleksi air balang, bukan sekadar kordial
Comments
Post a Comment