KyoChon Perkenal Menu Ayam Korea Perisa Rendang
Sempena Merdeka ke-68, KyoChon Chicken bawakan twist yang lain daripada yang lain, ayam goreng Korea berperisa Rendang!
Perpaduan dua budaya dalam satu pinggan: rangup ala Korea, lazat berempah ala Malaysia. Itu yang KyoChon bawakan kali ini. Hidangan istimewa tersebut boleh didapati dari 1 Ogos hingga 16 September 2025, eksklusif di semua cawangan KyoChon seluruh Malaysia.
Bermula dari RM25.50, anda boleh pilih daripada set Wingette & Drumette hingga ke Whole Chicken. Rasa dia? Bagi kami yang telah cuba, ayam ini sememangnya mempunyai rasa rendang namun perlu diingatkan makan panas-panas jika anda tidak ingin hilang kelazatannya.
Menariknya lagi, KyoChon berkolaborasi dengan artis tempatan SecondFloorNeko. Setiap pembelian menu Rendang melayakkan pembeli mendapat pelekat edisi terhad dengan ilustrasi comel. Ada 3 rekaan berbeza dan difahamkan ia dikeluarkan setiap 10 hari . Untuk stok yang terhad, dan hanya untuk dine-in atau takeaway di cawangan terpilih.
Selain itu, pengunjung juga boleh mencuba Dessert Dots. Gabungan durian & coklat. Beli 6 biji dan anda mendapat percuma lagi 6 biji dengan harga RM14.90!
Nak jimat dan kenyang? Cuba set Chikin Dosirak dari RM17.90 dengan pilihan ayam bulgogi, boneless, wingette, drumstick, dan salsal dalam perisa ikonik seperti Soy Garlic, Honey, Shinhwa dan banyak lagi.
Untuk anda yang ingin cuba, jangan lupa untuk singgah ke mana-mana cawangan KyoChon Chicken sekarang sebelum promo habis! Info lanjut kat www.kyochon.com.my atau follow di media sosial mereka.






Comments
Post a Comment