Domino's Pizza Lancar Piza Baharu Gara-Gara Radio ERA

Pada mulanya disangka sebagai kesilapan siaran langsung ketika program Petang Era di Era FM akhirnya terbongkar sebagai satu gimik pemasaran kreatif oleh Domino’s Pizza Malaysia sempena pelancaran identiti jenama baharunya, “Unbox Your Cravings”.


Insiden yang mencetuskan tanda tanya dalam kalangan pendengar itu berlaku ketika segmen siaran langsung bersama penyampai radio Haziq, Muna dan Der. 

Ketika berbual mengenai keinginan menikmati piza, Haziq secara berseloroh menyatakan bahawa beliau sedang mengidam piza Domino’s.

Tidak lama kemudian, aroma piza yang baru dihantar memenuhi studio, menyebabkan Haziq meninggalkan ruang siaran seketika untuk mendapatkan piza tersebut. 

Muna dan Der pula meneruskan siaran tanpa menyedari mikrofon mereka masih terbuka, sekali gus membolehkan pendengar mendengar perbualan santai yang sepatutnya berlaku di luar siaran.

Momen ‘Tidak Dirancang’ Yang Menjadi Tular

Situasi tersebut kelihatan begitu semula jadi sehingga ramai pendengar menyangka ia merupakan kesilapan sebenar dalam siaran langsung radio. 

Klip rakaman insiden itu pantas tersebar di media sosial, mencetuskan pelbagai reaksi daripada pengguna internet dan pencipta kandungan yang berkongsi pandangan mereka mengenai apa yang berlaku.

Frasa “On-air can wait. Cravings can’t” menjadi antara ungkapan yang paling banyak diperkatakan selepas kejadian tersebut.

Era FM kemudiannya mengeluarkan kenyataan menjelaskan bahawa pendengar secara tidak sengaja telah mendengar perbualan luar siaran antara para penyampai mengenai topik yang dekat di hati mereka, makanan.

Menurut stesen radio itu, momen spontan seperti ini sering menyerlahkan sisi manusia yang autentik dan dekat dengan pendengar.

“Radio secara langsung sentiasa penuh dengan kejutan, dan kadangkala keinginan terhadap makanan memang sukar untuk ditahan,” menurut kenyataan tersebut.

Domino’s Lancar Identiti Jenama Baharu ‘Unbox Your Cravings’

Di sebalik gimik yang berjaya menarik perhatian ramai itu, Domino’s Pizza Malaysia sebenarnya sedang memperkenalkan pendekatan jenama baharu menerusi kempen “Unbox Your Cravings”.


Kempen ini dibina berasaskan satu hakikat mudah keinginan atau craving tidak menunggu masa yang sesuai. Ia boleh muncul secara tiba-tiba ketika bekerja, belajar, bermain permainan video atau bahkan ketika sedang bersiaran langsung di radio.

Melalui kempen ini, Domino’s mahu menggalakkan rakyat Malaysia meraikan keinginan mereka tanpa perlu menangguhkannya. 

Sama ada menikmati piza selepas hari yang panjang atau memanjakan diri dengan hidangan kegemaran, setiap keinginan dianggap sebagai peluang untuk mencipta pengalaman yang lebih bermakna.

Cravings Adalah Isyarat Yang Jujur

Ketua Pegawai Eksekutif Wilayah Domino’s Pizza Malaysia, Singapura dan Kemboja, Ringo Joannes berkata bahawa konsep baharu ini mencerminkan realiti kehidupan moden yang dipenuhi detik-detik spontan.

“Keinginan adalah antara isyarat paling jujur yang kita miliki. Ia hadir secara spontan, bersifat emosi dan hampir mustahil untuk diabaikan. Melalui ‘Unbox Your Cravings’, kami mahu menampilkan realiti ini dengan cara yang lebih dekat dengan pengguna masa kini,” katanya.

Beliau menambah bahawa Domino’s mahu sentiasa bersedia apabila pengguna memutuskan untuk memenuhi keinginan mereka tanpa berlengah.

Domino’s Perkenal Thick Crunch Pizza Baharu

Seiring dengan penjenamaan semula tersebut, Domino’s Malaysia turut memperkenalkan inovasi terbaharunya iaitu Thick Crunch Pizza, yang diinspirasikan daripada gaya piza Detroit.

Produk baharu ini hadir dengan tekstur yang lebih tebal, gebu dan rangup, sekali gus menawarkan pengalaman menikmati piza yang lebih memuaskan kepada pelanggan.

Menurut Domino’s, Thick Crunch Pizza direka khas untuk memenuhi keinginan pengguna yang mahukan rasa lebih berani dan mengenyangkan. 

Ia turut diperkenalkan dalam tiga pilihan perisa baharu yang dijangka menarik perhatian pencinta piza di Malaysia.





Apa yang menjadikan produk ini lebih unik ialah konsepnya sebagai piza pertama Domino’s yang direka untuk memenuhi keseluruhan ruang kotak piza, memberikan lebih banyak kepuasan dalam setiap hidangan.

Domino’s Terus Dekati Pengguna Melalui Kempen Kreatif

Kempen “Unbox Your Cravings” membuktikan bagaimana Domino’s Pizza Malaysia terus mencari pendekatan kreatif untuk berhubung dengan pengguna melalui pengalaman yang relevan dan dekat dengan kehidupan harian.

Daripada momen yang kelihatan seperti kesilapan siaran radio kepada pelancaran produk baharu yang menarik, Domino’s berjaya mencetuskan perbualan dalam talian sambil menyampaikan mesej utama kempen mereka setiap keinginan adalah panggilan yang wajar dipenuhi, kerana cravings tidak pernah menunggu.


Comments

Popular Posts

INSTAGRAM