ZARYA Perkenal Soft-Luxury Body Care Mesra Travel

Dalam dunia yang terlalu sibuk dengan rutin harian, tekanan kerja dan komitmen kehidupan, ramai mula sedar bahawa menjaga diri bukan lagi satu kemewahan tetapi satu keperluan.


Daripada kesedaran itu lahirnya ZARYA, jenama penjagaan diri tempatan berkonsepkan soft luxury yang tampil dengan mesej penuh makna, “I Choose Myself.”

Walaupun diinspirasikan daripada kelembutan feminin, produk ZARYA sebenarnya sesuai digunakan oleh sesiapa sahaja termasuk lelaki yang menghargai haruman bersih, tenang dan elegan untuk kegunaan harian.

Bukan sesuatu yang eksklusif atau terlalu mewah, tetapi ZARYA membawa pendekatan baharu rutin kecil yang membantu seseorang rasa lebih tenang, segar dan menghargai diri sendiri.

Daripada mandi dengan shower gel berharuman lembut sehinggalah menyembur body mist sebelum keluar rumah, setiap momen kecil itu memberi ruang untuk seseorang berhenti seketika dan fokus kepada diri sendiri.

Menurut pengasasnya yang lebih mesra dikenali sebagai Yat Zakaria, Mesej “I Choose Myself” bukan sekadar slogan, tetapi peringatan bahawa menjaga diri juga penting dalam kehidupan yang sibuk.


"Sebagai seorang wanita yang sibuk dengan kerjaya, saya sememangnya pentingkan keselesaan setiap kali pulang bekerja. 

Disebabkan itu, tercetusnya ZARYA sebuah jenama yang bagi saya menepati citarasa yang saya inginkan. 

Ibarat seperti memberi sentuhan ketenangan, setiap pengguna akan merasai pengalaman tersebut dengan ZARYA" 

Konsep Soft Luxury yang Minimalis dan Elegan

Yat ketika ditemubual media

Tambah Yat, ZARYA dibina atas falsafah bahawa kekuatan tidak semestinya perlu ditunjukkan secara lantang. Kadangkala, ketenangan dan kelembutan itu sendiri membawa keyakinan yang kuat. 

Mengenai produk mereka, salah satu tarikan utama ZARYA ialah Signature Self-Care Scent mereka yang direka untuk memberi rasa segar, selesa dan elegan sepanjang hari.

Top Notes

  • Pear
  • Blackcurrant
  • Pink Pepper
  • Grapefruit

Middle Notes

  • Pineapple
  • Rose
  • Jasmine

Base Notes

  • Vanilla
  • Cedar
  • Amber Wood

Gabungan nota fruity, floral dan woody ini menghasilkan haruman yang tidak terlalu kuat, menjadikannya sesuai digunakan oleh wanita mahupun lelaki.

Harumannya memberi vibe bersih, tenang dan premium sesuai untuk dipakai ke tempat kerja, selepas mandi atau ketika aktiviti harian.

Rangkaian Produk ZARYA

ZARYA Body Mist (30ml)

Body Mist ZARYA direka untuk kegunaan harian dengan haruman ringan dan menyegarkan.


Kelebihan utama:

  • Mudah dibawa ke mana sahaja
  • Sesuai untuk re-spray sepanjang hari
  • Memberi rasa fresh dan selesa tanpa terlalu overpower

Sesuai digunakan oleh lelaki dan wanita yang sukakan haruman lembut dan clean.

Harga: RM19.90

ZARYA Shower Gel (100ml)

Shower Gel ZARYA membantu menjadikan rutin mandi lebih menenangkan dan selesa.

Antara kelebihannya:

  • Membersihkan kulit secara lembut
  • Memberi pengalaman mandi yang relaxing
  • Sesuai digabungkan dengan Body Mist untuk efek layering haruman

Rutin harian kini terasa lebih premium walaupun dalam momen yang sederhana.

Harga: RM29.90

ZARYA Self-Care Set

Set lengkap ini mengandungi:

  • Body Mist (30ml)
  • Shower Gel (100ml)
  • Kad motivasi
  • Beg jaring pastel pink

Ia sesuai dijadikan hadiah untuk diri sendiri ataupun orang tersayang.

Harga: RM46.90

ZARYA Penjagaan Diri untuk Semua

Walaupun membawa elemen feminin dalam identitinya, ZARYA tetap sesuai untuk lelaki yang sukakan haruman lembut, clean dan tidak terlalu berat.

Ia bukan sekadar produk penjagaan diri, tetapi satu bentuk reminder bahawa setiap orang berhak untuk berhenti seketika, bernafas dan memilih diri sendiri walaupun melalui perkara kecil seperti rutin harian dan haruman yang menenangkan.

Maklumat Lanjut

Untuk pembelian dan maklumat lanjut mengenai ZARYA, anda boleh layari:

  • TikTok: @zarya_beauty
  • Instagram: @zaryabeautymy

Untuk pertanyaan media:

Team Zarya

Comments

Popular Posts

INSTAGRAM