Review Mercure Living Putrajaya – Hotel Apartment Murah & Selesa Sebelah Alamanda

Menarik dan strategik. Itu antara ungkapan yang boleh disimpulkan mengenai ulasan hotel kali ini. Berbeza dengan hotel terdahulu, pengalaman kali ini saya berkesempatan untuk menginap hotel jenis apartment, Mercure Living Putrajaya.

Terletak di Menara Shaftsbury Presint 1, Mercure Living Putrajaya juga berada di hadapan atau bersebelahan Alamanda Shopping Centre. Sekiranya anda runsing untuk mencari tempat makanan yang menarik di Putrajaya, semuanya ada disini.

Pilih sahaja Menara Shaftsbury sendiri atau Alamanda Putrajaya segala-galanya ada. Malah kedai serbaneka 24 jam juga tersedia. Untuk parkir pula, anda boleh memilih di bahagian bawah tanah hotel atau valet dengan kadar RM30 sekali masuk.

Check-in

Lobi hotel agak unik kerana seakan mempunyai dua ruang lobi. Namun, jika diperhatikan salah satunya adalah ruang legar bagi kafe, bar dan juga ruang kerja.

Untuk kali ini, saya menginap bersama-sama rakan media dan memilih ruang dua bilik di dalamnya (Superior Apartment with 1 Queen size bed and 2 single bed). Pengalaman check in juga berjalan lancar dan pantas.
 
Review Bilik - Luas & Lengkap

Bilik apartment ni memang luas (949 sqft) dan sesuai untuk staycation atau family kecil.




Malah untuk kami sendiri, sempat anjurkan sesi makan santai bersama rakan-rakan media, rakan-rakan selebriti dan juga tetamu jemputan. Memang meriah dan selesa bagi jumlah kapasiti kami seramai hampir 15 orang.


Susun atur bilik:
  • Ruang tamu dengan sofa besar & TV 55 inci
  • Ruang makan (meja 4 kerusi)
  • Dapur lengkap
  • Bilik tidur katil queen
  • Bilik tidur bersama dua katil single, bilik mandi dan TV 55 inci

Dapur dilengkapi:
  • Peti sejuk
  • Dapur elektrik
  • Microwave
  • Mesin basuh
  • Rice cooker
  • Pemanas air (Kettle)
  • Peralatan memasak penuh

Bilik tidur pertama selesa dengan katil queen bersama meja solek manakala bilik tidur kedua disediakan dengan dua katil single, tv kedua, meja solek dan juga bilik air.



Bilik airnya bersaiz selesa, tekanan air yang kuat namun tidak disediakan tab mandi.



Fasiliti Hotel - Kolam Renang Besar!

Antara highlight utama hotel ini ialah kolam renangnya. Difahamkan kolam renang disini bersaiz besar dengan kedalaman 1.2 meter.

gambar ihsan : Facebook Mercure Living Putrajaya

Kemudahan lain:

gambar ihsan : Facebook Mercure Living Putrajaya

  • Kolam kanak-kanak
  • Gym (24 jam)
  • Sauna & steam room
  • Kedai serbaneka 24 jam
  • Lokasi Dan Kemudahan Sekitar

Antara hotel yang dikatakan sebagai hotel strategik di Putrajaya dengan trivia berikut :
  • Jarak hanya berjalan kaki ke Alamanda Shopping Centre
  • 6.4 km dari Putrajaya Sentral
  • Spa urut (akan dikongsikan pengalaman dalam artikel akan datang)
  • Berkongsi bangunan bersama restoran makanan terkenal seperti Mcdonald's, BBQ Steamboat, Sukiya dan lain-lain lagi.
 
Steamboat Di Pagi Hari

Selain itu, buffet breakfast di sini juga agak menarik kerana menyediakan pilihan mini steamboat pada waktu pagi, sesuatu yang jarang ditemui di kebanyakan hotel.

Tetamu boleh menikmati hidangan panas mengikut pilihan citarasa sendiri seawal pagi, menjadikan pengalaman sarapan lebih unik dan memuaskan.

Pada waktu lain pula, restoran ini turut menawarkan hidangan steamboat dan shabu-shabu di Volcano Shabu Shabu & Grill by Mercure Living Putrajaya, sesuai untuk mereka yang ingin menikmati sajian secara santai bersama keluarga atau rakan-rakan.

Bagi saya, berbaloi untuk menginap disini kerana segala-galanya telah dilengkapi. Hanya bawa diri, tenangkan minda pastinya pengalaman menginap di Mercure Living Putrajaya akan meninggalkan kenangan manis untuk setiap pengunjung.

Mercure Living Putrajaya

Block A, Shaftsbury Tower, Jalan Alamanda, Presint 1,
62000 Putrajaya, Wilayah Persekutuan Putrajaya, Malaysia.

Tel: +603-8861 9299

Comments

Popular Posts

INSTAGRAM