Bufet Ramadan Pullman Hotel and Residence KLCC Paling Meriah?

Kalau bercakap tentang bufet Ramadan yang penuh dengan kemeriahan, memang sukar untuk menolak jemputan daripada Pullman Kuala Lumpur City Centre Hotel & Residences. 


Tahun 2026 menyaksikan mereka kembali dengan tema Juadah Kenangan Ramadan, sebuah pengalaman berbuka puasa yang bukan sekadar tentang makanan, tetapi tentang kenangan dan tradisi yang dihidupkan semula.

Bufet Ramadan 2026 Bertemakan Nostalgia Bazar

Seawal melangkah masuk ke perkarangan hotel, seperti biasa tetamu sudah disambut dengan suasana seperti berada di bazar Ramadan yang sentiasa dinanti setiap tahun. 

Driveway hotel dihias meriah dengan dekorasi penuh warna dan elemen tradisional yang membangkitkan memori lama.

Aroma masakan panas dari gerai-gerai live cooking terus menyapa deria. Dari bunyi kuali berdesis hingga deretan juadah tersusun rapi, semuanya mencipta pengalaman berbuka puasa yang klasik tetapi dalam suasana lebih selesa dan eksklusif.

23 Live Cooking Station & Lebih 200 Hidangan Istimewa

Antara tarikan utama Juadah Kenangan Ramadhan ialah:

  • 23 live cooking station

  • Lebih 200 jenis hidangan

  • Gabungan resipi warisan dan makanan kegemaran ramai

Tetamu boleh menikmati pelbagai pilihan lauk kampung, juadah tradisional, aneka kuih-muih nostalgia serta hidangan pelbagai kaum yang mencerminkan kepelbagaian budaya Malaysia.



Daripada rendang dan gulai klasik sehinggalah pencuci mulut tradisional, setiap hidangan bukan sekadar mengenyangkan, malah membawa kembali kenangan Ramadan zaman kanak-kanak.

Pengalaman Istimewa Sempena Visit Malaysia 2026

Bersempena kempen pelancongan negara, pengalaman bufet Ramadan ini turut menjadi platform memperkenalkan budaya dan makanan tempatan kepada pelancong antarabangsa.

Tetamu luar negara berpeluang merasai sendiri kemeriahan Ramadan di Kuala Lumpur, lengkap dengan suasana bazar, kepelbagaian juadah dan nilai kekeluargaan yang menjadi teras sambutan bulan mulia ini.

Peluang Menang Pakej Umrah Premium

Menariknya, setiap perbelanjaan RM1,000 melayakkan tetamu menerima satu penyertaan untuk memenangi Pakej Umrah Premium all-inclusive.

Rezeki Ramadan sememangnya luas, siapa tahu berbuka puasa bersama keluarga di sini membuka peluang tuah berganda.

Harga & Promosi Buffet Ramadan 2026

Tarikh: Sehingga 20 Mac 2026
Masa: 6.30 petang – 10.00 malam

Harga biasa:

  • Dewasa: RM278

  • Kanak-kanak (6–12 tahun): RM139

  • Bawah 6 tahun: Percuma

Turut ditawarkan:

  • Diskaun 20 peratus

  • Promosi Ramadhan Berkah – Beli 10 Percuma 10 (terhad kepada 200 tempat sehari)

Lebih Banyak Pengalaman Makan Ramadan & Raya Untuk Dinikmati

Selain Juadah Kenangan Ramadan, hotel ini turut menawarkan pelbagai pilihan hidangan dan pakej istimewa sepanjang bulan Ramadan dan Syawal.



Huge Enak Bun

19 Februari – 20 Mac 2026 | 12 tengah hari – 8 malam

Roti bersaiz besar yang dibakar sempurna dan diisi dengan inti cita rasa tempatan yang kaya dan padu. Tempahan perlu dibuat satu hari lebih awal.

Pilihan inti (1kg):

  • Kari Ayam Kering – RM80

  • Rendang Tok Daging – RM120

  • Lamb Varuval – RM120

Hadiah Bermakna & Keperluan Raya

Lebaran Gift Box

Harga: RM238 sekotak

Pilihan hadiah Ramadan yang lengkap dengan kad ucapan istimewa. Tempahan perlu dibuat satu hari lebih awal.

Raya Delightful Munch

Tersedia di Kampung House di lobi hotel.

  • Kudapan Raya bermula dari RM25 seunit

  • Kek Raya (1kg) – RM180

Santapan Sahur Buffet

21 Februari – 20 Mac 2026 | 4.30 pagi – 5.30 pagi

Hidangan sahur yang menyelerakan dan mengenyangkan untuk memulakan ibadah puasa dengan lebih bertenaga.

Harga:

  • RM55 seorang dewasa

  • RM30 seorang kanak-kanak (6–12 tahun)

Sambutan Raya & Majlis Berkumpulan

Rumah Terbuka Aidilfitri

20 Mac – 20 April 2026 | Makan Tengah Hari & Makan Malam

Harga bermula RM208 seorang.

Ramadan to Raya: Makan & Mingle (Ruang Acara)

20 Mac – 21 April 2026

Sesuai untuk majlis korporat dan perhimpunan keluarga.

Harga bermula dari RM288 nett seorang.
Surau lelaki dan wanita turut disediakan di aras ruang acara.

Pakej Hotel Ramadan & Raya: Menginap, Menjamu Selera & Raikan Bersama

Pakej Percutian Syawal

Harga bermula dari RM799 (2 dewasa)

Termasuk:

  • Penginapan 1 malam bersama buffet sahur

  • Juadah Kenangan Ramadan Dinner Buffet

  • Diskaun sehingga 20 peratus untuk makanan dan minuman (tanpa alkohol)

Family Fun Raya Stay

Harga bermula dari RM1,069 (2 dewasa & 2 kanak-kanak)

Termasuk:

  • Penginapan 1 malam bersama buffet sahur

  • Pengalaman khemah dalam bilik (tertakluk kepada ketersediaan)

  • Juadah Kenangan Ramadan Dinner Buffet

  • Kemudahan alu-aluan kanak-kanak & set mewarna

  • Diskaun sehingga 20 peratus untuk makanan dan minuman (tanpa alkohol)

Tempoh Tempahan: Sehingga 15 Mac 2026

Tempoh Menginap: 21 Februari – 20 Mac 2026

Tempahan Bilik:

+603 2170 8888
reservations@pullman-klcc.com

Pertanyaan Makan:

WhatsApp: +6016 290 3864

Bilik solat lelaki dan wanita yang berasingan turut disediakan untuk tetamu Muslim.

Laman web rasmi:

Promosi:

Facebook: PullmanKualaLumpurCityCentre

Instagram, XHS & TikTok: PullmanKLCC

Jika anda sedang mencari buffet Ramadan terbaik di Kuala Lumpur 2026 dengan konsep bazar nostalgia dan pilihan makanan yang melimpah ruah, pengalaman ini wajar dimasukkan dalam senarai anda.

Comments

Popular Posts

INSTAGRAM