Senarai Hotel Bufet Ramadan & Sajian Terbaik 2026
Tahun 2026 memang meriah dengan pelbagai tawaran bufet Ramadan dari hotel sekitar Kuala Lumpur, Shah Alam, Putrajaya dan sekitarnya.
Dari konsep masakan kampung, sajian warisan, sehinggalah sentuhan moden dan antarabangsa setiap hotel tampil dengan identiti tersendiri.
Seperti biasa, kami datang, rasa sendiri dan nilai dari segi kepelbagaian menu, rasa, suasana dan servis. Berikut antara hotel yang sempat kami kunjungi dan boleh korang pertimbangkan untuk berbuka puasa bersama keluarga atau rakan sekerja.
MiCasa All Suite Hotel
Konsep lebih santai dan intimate. Fokus pada hidangan tradisional Melayu dengan rasa yang seimbang dan tidak terlalu berat. Sesuai untuk yang mahu suasana berbuka lebih tenang.
DoubleTree by Hilton Shah Alam i-City
Pilihan menu seimbang antara klasik kampung dan sentuhan moden. Stesen live cooking dan carving antara yang jadi tumpuan.
DoubleTree by Hilton Putrajaya Lakeside
Suasana menghadap tasik beri pengalaman berbuka yang berbeza. Banyak pilihan lauk kawah dan menu bakar-bakar.
St. Giles Gardens Hotel & Residences
Bufet yang lebih tersusun dengan pilihan menu tempatan dan antarabangsa. Sesuai untuk gathering berskala sederhana.
Santa Grand Signature Kuala Lumpur
Hotel butik dengan pilihan menu yang tidak mengecewakan. Portion banyak dan rasa konsisten.
Ancasa Hotel Kuala Lumpur
So far antara yang paling tersedap kami rasa untuk 2026. Lauk kampung dia cukup rasa, rendang pekat dan berempah, kambing golek juicy dan tak hanyir, manisan tradisional pun banyak pilihan.
Kalau nak rasa vibe kenduri kampung yang autentik, Ancasa memang antara yang paling menyerlah tahun ini.
Seri Pacific Hotel Kuala Lumpur
Menu klasik Melayu yang konsisten setiap tahun. Sesuai untuk yang gemarkan hidangan tradisional tanpa terlalu banyak fusion.
Fairfield by Marriott Chow Kit
Konsep lebih moden dan minimalis. Pilihan tidak terlalu banyak tetapi berkualiti.
Grand Mercure Kuala Lumpur Bukit Bintang
Gabungan hidangan tempatan dan antarabangsa. Dessert dan pastry antara highlight utama.
DoubleTree by Hilton Kuala Lumpur
Masih antara crowd favourite. Pilihan luas, susun atur buffet teratur dan servis pantas walaupun ramai tetamu.
Wyndham Acmar Klang
Konsep sajian bertema dengan pelbagai stesen makanan. Sesuai untuk rombongan besar dan majlis berbuka korporat.
Sunway Putra Hotel Kuala Lumpur
Pilihan menu serantau yang pelbagai. Ruang makan luas dan selesa untuk keluarga besar.
Concorde Hotel Shah Alam
Antara hotel yang konsisten setiap tahun. Pilihan lauk kampung dan hidangan grill yang menjadi rebutan.
Glenmarie Hotel & Golf Resort
Suasana resort dengan pilihan bufet yang meriah. Sesuai untuk yang mahu berbuka dalam suasana lebih santai dan eksklusif.
Secara keseluruhan, 2026 menyaksikan persaingan yang sihat antara hotel-hotel utama dengan fokus pada masakan warisan, konsep kampung dan pengalaman berbuka yang lebih bermakna.
Namun setakat ini, dari segi rasa autentik dan kepuasan keseluruhan, Ancasa antara yang paling sedap kami cuba tahun ini.
Untuk lihat suasana penuh, pilihan menu dan review video setiap hotel, boleh tengok pautan video di Instagram Jalan Jalan Hotel.



Comments
Post a Comment