Buffet Krismas Di Putrajaya Marriot Hotel Meriah!

Sempena musim perayaan tahun ini, Putrajaya Marriott Hotel memperkenalkan dua acara utama iaitu Beary Red Christmas Eve Dinner Buffet dan New Year’s Bubbles & Beginnings.



Diiringi persembahan langsung dan bufet bertaraf premium, acara bermula pada 21 November 2025, menawarkan pengalaman kulinari yang menyatukan cita rasa tradisional dengan elemen perayaan yang penuh keistimewaan.



Bubbles & Beginnings- Hidangan Krismas untuk Sekeluarga

Harga: RM178 (dewasa) | RM89 (kanak-kanak)

Bufet Bubbles & Beginnings menampilkan sajian antarabangsa dan tempatan yang dirangka dengan penuh teliti. 

Antara pembuka selera termasuk Smoked Salmon dengan Terrine Keju Krim dihidangkan bersama baguette panggang atau biskut rangup, serta seafood terrine yang mempersembahkan hasil laut segar seperti kupang dan udang.

Pilihan sup menawarkan gabungan rasa Asia: Sup Kambing Berempah dan Sup Szechuan Masam Pedas. Hidangan utama pula merangkumi Nasi Briyani, Chicken Masala, Fish Tikka, serta seleksi sajian Asia yang lain.



Di stesen masakan langsung, tetamu dapat menikmati satay yang dipanggang segar, mi rebus, serta hidangan seperti wok-tossed radish cake dan Udang Tiga Rasa. 

Elemen Barat turut diserikan dengan Roasted Chicken Roulade, Slow-Roasted Beef Striploin, dan Seafood Lasagna. Hidangan Melayu seperti Rendang Daging Tok dan Ayam Percik Kelantan menjadi pelengkap kepada pilihan yang pelbagai.

Akhir sekali, bahagian pencuci mulut mempersembahkan Christmas Pudding, Yule Log, aneka pastri, pavlova, serta ais krim Baskin Robbins sesuai sebagai penutup malam yang penuh meriah.





Beary Red Christmas Eve 

24 Disember 2025

Harga: RM198 (dewasa) | RM99 (kanak-kanak)

Pada malam Krismas, Zest Restaurant menyajikan bufet makan malam istimewa yang lebih mewah dan menyeluruh. Bufet bermula dengan bar salad yang segar, diikuti rangkaian keju import dalam bentuk hirisan, parutan dan potongan premium.




Pelbagai Sajian! 

Bahagian hasil laut menawarkan hidangan seperti scallop, kupang, tiram bakar, serta sup eksklusif seperti Braised Sea Cucumber with Crab Meat dan Wild Mushroom Soup. 

Stesen Burrito dan Nachos menambah elemen antarabangsa dengan chilli con carne, chicken fajitas dan guacamole.

Stesen 'ukiran' pula memperlihatkan Roasted Whole Turkey yang dipanggang sempurna bersama kentang mini dan brussels sprouts. 




Hidangan istimewa lain termasuk Beef Wellington, Roasted Lamb, pasta dan piza, serta pelbagai sajian Cina, India dan Melayu seperti Lamb Rogan Josh, Ikan Masin Masak Lemak Nenas, dan Beef Ribs Masak Gulai.











Bahagian pencuci mulut mengetengahkan Christmas Stollen, Yule Logs, tart buah, petit pina coladas, tiramisu dan stesen ais krim. Pilihan tempatan turut disediakan seperti Bubur Pengat Pisang dan Bubur Kacang Hijau.

Sambutan Tahun Baharu 2026 - Meriah, Bergaya dan Eksklusif

Pada 31 Disember 2025, Zest Gleam mempersembahkan 2026 Dinner Buffet yang mempamerkan kepelbagaian hidangan mewah. 

Selepas makan malam, tetamu dijemput ke Lobby Lounge untuk acara Countdown Party bermula pada jam 9 malam. Acara ini diserikan dengan persembahan muzik secara langsung, minuman percuma, party packs, aktiviti kanak-kanak, serta hiburan khas daripada Awang the Clown.

Semuanya dirangka untuk memastikan detik menyambut tahun baharu berlangsung penuh meriah dan bermakna. Jom tempah sekarang! 


Website : Putrajaya Marriot Hotel

Comments

INSTAGRAM