Penulis berkesempatan untuk menginap di Palm Garden Hotel Putrajaya yang terletak di IOI City, Putrajaya.
Palm Garden Hotel kini secara rasmi menjadi sebahagian daripada Marriott Bonvoy Hotels & Resorts dengan jenama baharu Palm Garden Hotel, Putrajaya – a Tribute Portfolio Hotel.
Selepas lebih setahun beroperasi, hotel ini menjalani transformasi besar pada 2023 dan kembali dibuka pada 1 November 2023 sebagai butik hotel moden yang mengekalkan elemen budaya tempatan dalam setiap sudutnya.
Pengalaman Menginap Selama Tiga Hari Dua Malam
Kali ini, penulis menginap selama tiga hari dua malam di bilik Palm Suite dengan kadar harga bermula RM550 satu malam. Sewaktu mendaftar masuk, pengunjung akan disajikan dengan kopi kampung secara percuma dan boleh minum berulang kali.
Melengkapkan minum petang itu adalah beberapa jenis kuih muih yang dihidangkan secara ala carte.
Bagi penulis, menikmati minuman petang kampung di Courtyard Palm Garden Hotel Putrajaya ini memberi permulaan kepada sesi merehatkan diri apatah lagi suasana yang cukup menenangkan. Lebih bermakna, kakitangan hotel juga memberi layanan yang cukup mesra.
Kemudahan Palm Suite
Bercakap mengenai bilik, suite ini berkeluasan 646 kaki persegi. Dilengkapi ruang tamu, dua tandas (satu di dalam bilik), televisyen, balkoni dan ruang pantri. Peralatan seperti microwave, peralatan membancuh teh dan kopi juga tersedia.
Jika di ruang tamu dilengkapi sofa bed, di dalam bilik pula tersedia katil jenis king, sebuah televisyen bersaiz 65 inci menjadikan bilik lebih privasi. Lebih menyenangkan, sejadah juga disediakan untuk kegunaan solat. Untuk bilik air pula, selain pancuran ruang tab mandi juga melengkapi kemudahan yang ada.
Pilihan Menjamu Selera
Kemudahan di dalam hotel ini juga pelbagai. Pengunjung boleh menjamu selera di Palms Cafe atau Madam Lee Nyonya Private Dining. Sekiranya anda ingin duduk bersembang pada waktu malam boleh duduk di Baba Bar.
Penulis berkesempatan untuk mencuba semua lokasi menjamu selera ini dan berikut adalah ringkasan mengenai tempat-tempat tersebut.
Palms Cafe - Jangan lepaskan peluang untuk bersarapan pagi di sini. Selain roti canai, roti sarang burung dan lain-lain jenis roti, minuman smoothie yang dibuat segar juga adalah menu wajib cuba.
Pelbagai jenis makanan terhidang, sehingga rambang mata untuk memilihnya.
Madam Lee Nyonya Private Dining - Hampir semua menu di sini sedap-sedap belaka. Menu nasi ulam jangan dilupakan.
Baba Bar - Disini adalah ruang untuk mereka yang beragama Islam mungkin kurang sesuai kerana ia merupakan bar dan tersedia minuman keras.
Untuk penulis tempoh hari, hanya sekadar minum minuman ringan dan menikmati angin malam sambil berbual bersama rakan.
Berhampiran IOI City Mall
Kemudahan lain yang tersedia di Palm Garden Hotel adalah kolam renang, gimnasium dan bas atau van shuttle percuma ke IOI City Mall.
Selain itu, penulis berkesempatan ke Splash Mania menerusi pakej yang ditawarkan. Untuk itu, penulis akan kongsikan dalam artikel yang akan datang.
Comments
Post a Comment