Bufet Ramadan : Wyndham Acmar Klang Mempersembahkan “Legenda Rasa”

Sempena ketibaan bulan Ramadan yang penuh keberkatan, Wyndham Acmar Klang dengan bangganya mempersembahkan Bufet Ramadan 2025 – “Legenda Rasa”, sebuah pengalaman kulinari yang mengangkat warisan dan sejarah Melayu ke pentas gastronomi.



Ilham Kesultanan Melayu

Tahun ini, bufet istimewa ini diilhamkan daripada hikayat agung Nusantara, termasuk epik Hang Tuah dan Hang Jebat serta keagungan Kesultanan Melayu.

Pengunjung akan dibawa menyelami khazanah tradisi bukan sahaja melalui sajian autentik, tetapi juga dalam suasana yang menghidupkan keunikan sejarah dan cerita rakyat yang membentuk identiti negara.

Sebagai sebuah hotel bertaraf lima bintang yang terletak di Bandaraya Diraja Klang, Wyndham Acmar Klang beraspirasi untuk memperkenalkan keindahan warisan tempatan ke peringkat global.

Seiring dengan kempen Visit Selangor Year 2025 dan Visit Malaysia Year 2026, bufet ini bukan sekadar menjanjikan pengalaman santapan yang memikat selera, tetapi juga menjadi platform untuk memperkenalkan seni kulinari tradisional kepada dunia.

Hidangan Ikonik “Legenda Rasa”

Diketuai oleh Chef Asram dan pasukan kulinari berpengalaman, bufet ini menawarkan pelbagai hidangan istimewa dari 2 Mac hingga 30 Mac 2025, bermula 6.30 petang hingga 10.00 malam. 

Antara menu yang bakal menggamit selera termasuk:

✅ Gulai Itik Buah Kedondong

✅ Gulai Tongkol Rebah Bangun

✅ Masak Lemak Tempoyak Ulam Racik

✅ Gulai Kawah Tetel Nusantara

✅ Kambing Golek Sumbat Nasi Kabsah

✅ Sup Huru Hara dan banyak lagi!










Selain keunikan hidangan, Wyndham Acmar Klang turut menyediakan kemudahan lengkap seperti surau yang selesa, imam untuk solat Tarawih sepanjang Ramadan, serta kaunter zakat – menjadikan pengalaman iftar lebih bermakna dan penuh keberkatan.

Harga Istimewa & Promosi Eksklusif








Nikmati bufet Ramadan ini pada harga yang berpatutan dengan promosi Early Bird serendah RM118+ untuk dewasa (harga asal RM158+).

✨ Warga emas (55 tahun ke atas): RM88+

✨ Kanak-kanak (8 tahun ke atas): RM78+

✨ Harga khas untuk golongan istimewa & kurang upaya

Jangan lepaskan peluang untuk menikmati pengalaman iftar yang luar biasa di Bufet Ramadan 2025 – “Legenda Rasa” di Wyndham Acmar Klang. Gabungan warisan, budaya, dan cita rasa mewah menjadikan Ramadan kali ini lebih bermakna.

Tempah tempat anda sekarang!

📞 WhatsApp: +6012 590 9851 | +6012 285 8340 | +6012 659 0382

📞 Hubungi: +603 3311 8850 / 8888 / 8911 / 8916 / 8990

📧 tcafe@wyndhamacmarklang.com

Untuk tempahan bilik:

📞 WhatsApp: +6012 519 8081

📧 reservations@wyndhamacmarklang.com

Untuk majlis makan malam persendirian:

📞 +603 3311 8842

📧 sales@wyndhamacmarklang.com / salesmice@wyndhamacmarklang.com

Jadikan Ramadan 2025 lebih bermakna dengan pengalaman iftar yang tidak akan dilupakan – hanya di Wyndham Acmar Klang!

Comments

INSTAGRAM