Bufet Ramadan Grand Millennium Kembali Dengan Lebih Banyak Hidangan Lazat

Setiap kali Ramadan, benda yang paling penulis nantikan selain merebut pelbagai amal kebaikan ialah peluang untuk cuba bufet di hotel-hotel. 


Tahun lepas, penulis berkesempatan mencuba bufet Ramadan di Grand Millennium Kuala Lumpur dan tahun ini mereka sekali lagi bawakan tema Jom Makan bagi edisi kedua. 

'Makan Besar' dengan Suasana Nostalgia

Ketika melangkah masuk The Mill CafĂ©, terus terasa seperti masuk ke kampung. Ada satu sudut yang dipanggil “Kawah Pak Ali”, tak ubah seperti suasana kenduri,  rasa lebih dekat dengan nostalgia berbuka zaman dahulu. 

Antara hidangan yang penulis cuba :

  1.  Asam Pedas Telur Ikan Moyang – Rasa pedas masam dia cukup, memang terbaik dengan nasi panas apatah lagi dihidangkan secara claypot
  2. Gulai Kawah Kelantan – Daging yang empuk , perut dan paru pun cukup rasa
  3. Telur Itik Masak Lemak Cili Api - kuah pekat berlemak dengan pedas yang cukup 'kick'






Tak cukup dengan tu, ada juga Kambing Bakar Utara.  Kambing ni dipanggang dengan rempah tradisional, dimakan dengan nasi mandi berasap dan sos asam jawa. 












Pelbagai Pilihan, Semua Ada!

Bufet ini bukan sekadar menu kampung, ada juga makanan antarabangsa. Kalau tekak nak lari dari lauk Melayu, boleh cuba :

  • Indian: Briyani Hyderabad, Tandoori Chicken, Murtabak.
  • Jepun: Sushi, Maki, Cold Soba, Takoyaki.
  •  Barat: Shawarma, Pasta, Seafood on Ice.

Selain itu, ada stesen mi di mana pengunjung boleh memilih jenis mi dan sup kegemaran. Bagi peminat sup, Sup Daging Selat dia antara tarikan di sini.

Pencuci Mulut Wajib Cuba

Selepas kenyang makan lauk-pauk, mesti kena habiskan dengan Rumah Manisan. Ada Apam Balik, Onde-Onde, Kuih Seri Muka, Bubur Serawa Durian, dan paling nostalgia – Aiskrim Potong. Di bahagian gorengan, tersedia pisang goreng, cempedak goreng, dan ubi getuk panas.






Hiburan Dan Suasana Santai

Sambil makan, pengunjung akan ditemani muzik Ghazal secara langsung oleh Picha-Picha Band. Ini yang buat suasana berbuka jadi lebih meriah dan santai.

Harga Dan Promosi

Harga Normal 

RM178++ (Dewasa)

RM89++ (Kanak-kanak 5-12 tahun)

Harga Diskaun Early Bird - tempah sebelum 28 Februari 2025!

RM143++ (Dewasa)

RM71.50++ (Kanak-kanak) 

Untuk tempahan : 

WhatsApp: +60 12 317 0120

Telefon: +603-2117 4163

Sekiranya anda ingin buat majlis berbuka puasa secara tertutup, boleh tempah bilik acara khas dengan set menu bermula RM150++ per pax (min. 50 orang).

Nota Penulis : Suka lokasi hotel ini kerana terletak di segi tiga emas Kuala Lumpur, bersebelahan Pavilion Kuala Lumpur

Comments

INSTAGRAM