Bufet Ramadan Courtyard by Marriott Setia Alam -“Citarasa Iftar Sajian Nostalgia Abadi” Meriah & Penuh Nostalgia!
Ramadan kali ini, jom berbuka dengan cara yang lebih istimewa di Courtyard by Marriott Setia Alam! Dari 1 hingga 30 Mac 2025, bufet Citarasa Iftar Sajian Nostalgia Abadi menjanjikan satu pengalaman makan yang penuh kenangan, dengan pelbagai hidangan tradisional dan moden yang menggamit selera.
Makanan Tradisional yang Pasti Buat Anda Rindu Kampung!
Untuk pembuka selera, nikmati pelbagai jenis kerabu seperti Kerabu Kampung, Kerabu Sotong Bunga Kantan Thai, dan Pecal Kangkong.
Tak lengkap kalau tiada ulam-ulaman segar yang boleh dicicah dengan pilihan Sambal Cabe Ijo, Sambal Matah, dan Sambal Rawit – memang kena dengan tekak orang kita!
Bazar Ramadan dalam Hotel – Serius Meriah!
Nak rasa suasana bazar Ramadan, tapi dalam hotel? Di sinilah tempatnya! Ada gerai makanan live cooking yang menyajikan Satay Ayam dan Daging, Ikan Cencaru Sumbat Bakar, dan Martabak panas yang dihidangkan dengan dhal dan acar bawang.
Kalau suka nostalgia zaman kanak-kanak, ada juga sudut khas “Childhood Corner” dengan hidangan yang pasti mengingatkan anda kepada zaman kecil dulu.
Raya Awal dengan Juadah Kegemaran
Tak perlu tunggu Syawal untuk menikmati hidangan raya! Di sini, anda boleh nikmati Lemang Pulut, Lemang Jagung, Ketupat & Nasi Impit yang dipadankan dengan Serunding Ayam & Daging.
Ditambah pula dengan Rendang Lidah, Rendang Kerang, dan Rendang Kacang Bersama Hati dan Pedal – memang layan!
Pelbagai Pilihan Masakan Antarabangsa
Bukan setakat makanan Melayu je, bufet ni juga ada pilihan hidangan Cina, Barat, dan Indonesia seperti Butter Popcorn Chicken dengan Daun Kari & Cili Padi serta Ikan Panggang dengan Sos Krim Kucai. Ada sesuatu untuk semua orang!
Pencuci Mulut yang Memikat Selera
Tak sah berbuka tanpa yang manis-manis, kan? Ada Kek Lapis Sarawak, Tapai Ubi, Dodol, Kuih Raya, dan gerai ABC Station untuk melengkapkan hidangan anda.
Harga & Tawaran Istimewa – Jimat Banyak!
✅ RM129 nett (dewasa)
Diskaun Khas:
✅ Kanak-kanak (6 – 12 tahun) & Warga Emas: 50% diskaun (bergantung pada bulan pembelian)
Jangan tunggu saat akhir – tempat cepat penuh! Hubungi 5 Wells melalui WhatsApp di +6012 560 9077 atau telefon +603 5021 9899 untuk tempahan.
Comments
Post a Comment