Bufet Ramadan TAMU Hotel & Suites Yang Bertemakan Ramadan Extravaganza

Untuk tahun ini, TAMU Hotel & Suites Kuala Lumpur  yang terletak di Kg Baru kembali dengan “Ramadhan Extravaganza”, dan khabarnya banyak menu bakal terhidang sepanjang Ramadan kelak. 


Bufet Ramadan dengan 172 Pilihan Hidangan!

Dari 2 Mac – 30 Mac 2025, buffet Ramadan di Restoran Suasana@27, Aras 27 akan menyajikan lebih 172 juadah berbuka – dari makanan tradisional Melayu, hidangan antarabangsa, sampai ke pencuci mulut yang akan membuatkan pengunjung tambah berkali-kali.

Menu ‘Legend’ yang Wajib Cuba

  • Nasi Kambing Tagine Dulang Besar – Kambing lembut dengan rempah yang cukup rasa.
  • Sup Gear Box – Kuah pekat, daging empuk, memang terbaik!
  • Gulai Daging Batang Pisang – Rare dan penuh rasa nostalgia.
  • Sup Kepala Ikan – Hidangan baru tahun ini yang confirm buat penggemar ikan teruja.







Kalau suka makanan berkuah, ada pilihan Ayam Rendang Pedas, Patin Gulai Tempoyak, Kari Sotong Ala Utara, dan Daging Salai Masak Lemak. Bagi yang suka goreng-goreng, jangan lupa try Paru Goreng Sambal Bawang dan Pajeri Nenas Ala Kampung/ 

Gerai-Gerai Makanan – Macam Food Fest!

Dekat sini, ada 16 gerai yang masing-masing ada keunikan tersendiri:

  • Laksa Penang – Kuah pekat, cukup rasa masam pedas.
  • Rojak Pasembor – Sos kacang yang creamy dan padu.
  • Satay Ayam & Daging – Daging juicy, makan dengan kuah kacang pekat.
  • Western Corner – Pasta, pizza, mushroom soup, shawarma, dan Roasted Whole Lamb yang confirm buat peminat kambing happy!
  • Gerai Donut – Pilihan perisa seperti cinnamon sugar, coklat, dan strawberry




Pencuci Mulut & Air Balang – Ending yang Sempurna!

Bila dah kenyang makan lauk-pauk, wajib ‘cuci mulut’ dengan pilihan pencuci mulut yang ada:

  • Kuih Melayu – Onde-onde, Kuih Lapis, Seri Muka
  • Pulut Mangga & Pulut Durian – Gabungan pulut lemak dengan buah segar.
  • Mini Chocolate Mud, Cheesecake, Pavlova, Panna Cotta
  • ABC & Cendol – Sejuk, manis, lepas haus!
  • Teh Tarik & Kopi Kampung – Minum panas-panas memang ngam.







Makan dengan Pemandangan KL – Sky Lounge Exclusive

Kalau nak berbuka dalam suasana lebih eksklusif, boleh tempah di TAMU Sky Lounge (Aras 40) atau Sky View (Aras 42). Menu istimewa termasuk Daging Wagyu Halal yang lembut, juicy, dan “melt in the mouth”. Ditambah dengan pemandangan bandar KL, pengalaman berbuka jadi lebih istimewa!

Harga & Promosi – Tempah awal untuk Jimat!

Harga Normal Buffet:

RM169+ (Dewasa) 

RM75+ (Warga Emas 60+) 

 RM70+ (Kanak-kanak 6-12 tahun)

Early Bird (sebelum minggu pertama Ramadan): RM99+ sahaja!

Untuk tempahan dan pertanyaan:

WhatsApp: +6019 303 9360

Telefon: +603 2603 1999

Nak Staycation Sekali? Ini Tawaran Menarik!

Kalau anda merancang nak berbuka dan solat Tarawih tanpa perlu bergegas pulang, boleh terus menginap di TAMU Hotel & Suites dengan harga serendah RM160+ untuk 2H1M – siap sahur percuma untuk 2 orang dan diskaun 20% untuk bufet Ramadan!

Nota Penulis : Boleh moreh di Kg Baru yang turut mempunyai pelbagai pilihan menarik 

Comments

INSTAGRAM