Bufet Ramadan Santa Grand Signature Kuala Lumpur Tampilkan Sajian Serantau Yang Menggiurkan
Santa Grand Signature Kuala Lumpur (SGSKL) menawarkan sajian istimewa sempena Ramadan akan datang.
Gabungan hidangan tempatan dan antarabangsa menjadi keunikan yang ditonjolkan dalam setiap masakan sepanjang bulan yang penuh barakah ini.
Malah, difahamkan ini adalah kali pertama hotel ini mengadakan Bufet Ramadan.
Lebih 200 Menu Menanti
Meski pertama kali, namun air tangan daripada cef berpengalaman sudah pastinya mampu mengangkat selera pengunjung.
Tarikan keistimewaan sajian kali ini sudah sementinya tertumpu pada hidangan utama iaitu Kari Ikan Tanjung Dawai, Nasi Arab Kambing Bakar, Sup Kambing Dang Wangi, Asam Laksa Nyonya Peranakan, dan lebih 200 jenis aneka hidangan lain yang pelbagai.
Bagi penulis sendiri, Sup Kambing Dang Wangi antara kesukaan di sini. Cukup rasa segalanya!
Setiap hidangan diperkaya dengan rempah ratus terbaik, mencipta ledakan rasa dalam setiap suapan.
Mulakan santapan dengan Air Asam Boi Limau Kasturi atau Sirap Bandung Soda, serta pembuka selera yang menawarkan keseimbangan rasa serta pengalaman yang menyenangkan.
Kapitan Café yang terletak di tingkat 3 SGSKL bukan sahaja tempat untuk menjamu selera, tapi ianya sangat sesuai untuk berkumpul dalam suasana santai.
Chef Mohamad Jailani Mehat merupakan individu yang bertanggungjawab dalam memastikan hidangan yang disajikan memenuhi konsep citarasa “Sajian Serantau” dan juga bahan-bahan yang digunakan berkualiti.
"Sajian Serantau" yang dipersembahkan di SGSKL boleh dinikmati dari 3 Mac hingga 27 Mac 2025.
Harga Bufet Ramadan SGSKL
Super Early Bird: RM78 net/seorang
Early Bird: RM88 net/seorang
Harga Normal: RM118 net/seorang
Warga Emas & Kanak-kanak: RM60 net/seorang
Untuk maklumat lanjut dalam membuat tempahan, sila hubungi :
Tel : +603 2027 1969 ext. 305
WhatsApp : +6019 339 9524 (Isnin - Jumaat, 9 pagi hingga 6 petang).
Nota penulis : Belum berkesempatan untuk menginap di sini
Comments
Post a Comment