Ramadan Bufet 2025 : Kemeriahan One World Hotel Seperti Di Pesta Makanan!

Gabungan tradisi dan kepuasan maksima. Itu yang penulis boleh gambarkan ketika 'menjelajah' ruangan aneka makanan di Cinnamon Cafe, One World Hotel, Petaling Jaya. 



Hidangan 14 Negeri 

Bagi anda yang mencari lokasi berbuka puasa yang menggabungkan kepelbagaian masakan, One World Hotel adalah destinasi yang tidak boleh dilepaskan. Bertemakan “Ramadan Bersama Chef” bufet Ramadan di sini menampilkan hidangan dari 14 negeri di Malaysia, menjadikannya pilihan ideal untuk menikmati cita rasa unik setiap negeri dalam satu tempat.


Salah satu menu yang wajib dicuba adalah Masak Tempoyak Ikan Patin, hidangan ikonik dari Pahang. Gabungan rasa masam dan lemak tempoyak bersama kelembutan ikan patin benar-benar memukau lidah. Hidangan ini menonjolkan keaslian rasa tradisional, sesuai dengan konsep bufet yang mengetengahkan warisan masakan tempatan.







Selain itu, anda juga akan menemui hidangan istimewa dari negeri-negeri lain seperti Asam Pedas Tetel Melaka, Ayam Percik Kelantan, Ketam Masak Bercili Pulau Pinang, dan banyak lagi. Kepelbagaian ini memberikan pengalaman gastronomi yang unik, seolah-olah anda sedang menjelajah seluruh Malaysia.

Banyak Pilihan! 

Pilihan makanan di sini sangat meluas, dari pembuka selera hingga pencuci mulut. Antara tarikan lain termasuk pelbagai jenis nasi, kambing panggang, hidangan laut segar, serta pencuci mulut tradisional dan barat. 









Jumlah pilihan yang tersedia begitu banyak sehingga anda mungkin akan merasa penat berjalan dari satu stesen makanan ke stesen lain.

Selain makanan, suasana di sini juga amat selesa, dengan dekorasi elegan yang menyerlahkan kehangatan Ramadan. Para kakitangan yang mesra dan perkhidmatan yang efisien turut menjadikan pengalaman berbuka puasa di sini lebih bermakna.

Sememangnya suasana di sini seakan pesta makanan! Hampir segala-galanya ada disini, sesuai dengan harga yang boleh dikategorikan premium. 

Harga Bufet Ramadan One World Hotel 2025 

Harga 'Early Bird' (Sehingga 13 Februari 2024) 

Dewasa : RM178 nett 

Kanak - Kanak (Berusia 6 hingga 12 tahun) : RM89 nett

Warga Emas (Berusia 60 tahun ke atas) : RM126 nett 


Harga Normal 

Dewasa : RM238 nett 

Kanak - Kanak (Berusia 6 hingga 12 tahun) : RM119 nett

Warga Emas (Berusia 60 tahun ke atas) : RM168 nett 

  • Harga termasuk 10% caj perkhidmatan
  • 20% diskaun untuk 'in house guest' 

Secara keseluruhannya, bufet Ramadan di One World Hotel bukan sahaja memenuhi selera, malah memberikan pengalaman berbuka yang penuh nostalgia dan kepuasan. Pastikan anda membuat tempahan awal, kerana lokasi ini sering menjadi pilihan ramai!

Untuk tempahan dan pertanyaan : 

Tel : +603 7681 1113 

Whatsapp : +60 16 210 9521 

Email : fnb_sales@oneworldhotel.com.my 

Komen Penulis : 

  • Kuih-kuih tradisional tidak banyak pilihan malah tekstur nya juga agak mengecewakan seperti sedikit keras. 
  • Masakan barat seperti Spagheti Carbonara dan pasta disyorkan untuk diletakkan sebagai 'ready to cook' atau diasingkan kuahnya. Sekiranya sudah siap terhidang, tekstur dan rasa makanan tersebut sudah 'lari' dan kembang. 
  • Selain Pullman Kuala Lumpur, One World Hotel juga adalah hotel yang paling banyak pilihan makanan yang penulis pernah rasai. 
  • Penulis kurang menggemari lauk berasakan ikan, namun berkesempatan untuk menghirup kuah masak lemak tempoyak ikan Patin, sedap! 
  • Piza Rendang, Ayam Bawang Mamak, Nasi Daging Utara mesti cuba. 

Comments

INSTAGRAM