Hotel Menarik di Tanjong Malim : Pilihan untuk Penginapan Selesa

Tanjong Malim, Perak, adalah destinasi yang dikenali kerana keindahan alam semula jadi dan suasana yang damai. Malah Tanjong Malim juga digelar bandar kelahiran guru-guru Malaysia kerana disini terletaknya Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI). 

gambar ihsan google


Bagi mereka yang mencari penginapan di kawasan ini, terdapat beberapa hotel menarik yang menawarkan keselesaan dan kemudahan terbaik.

Hotel Sri Malim, Terletak Di Tepi Jalan Utama

Antara pilihan utama ialah Hotel Sri Malim, yang terkenal dengan harga yang berpatutan dan perkhidmatan yang memuaskan. 

Gambar ihsan google


Terletak di lokasi strategik, hotel ini sesuai untuk pelancong yang mahukan akses mudah ke tarikan tempatan seperti kedai makan popular dan pekan Tanjong Malim. Bilik-bilik di sini bersih, ringkas, dan dilengkapi dengan kemudahan asas untuk penginapan yang selesa. 




Untuk kemudahan pengunjung, sebaris hotel ini juga tersedia beberapa restoran yang dibuka pada waktu malam. 

Penulis sendiri sudah tiga kali menginap disini memandangkan harganya yang mesra poket dan terletak di tepi jalan. Malah ada diantara biliknya juga telah diperbaharui. 

Sri Malim Hotel 

47/48, Jalan U1, Taman Universiti, 35900 Tanjong Malim, Perak

Telefon: 05-459 9333


SG Hotel, Di Kawasan Pekan

SG Hotel pula adalah pilihan lain yang menarik, terutama bagi pelancong bajet. Hotel ini menawarkan bilik-bilik yang kemas dan selesa dengan dekorasi moden. 



Lokasinya yang berdekatan dengan pusat bandar menjadikannya pilihan ideal untuk pelancong yang ingin menikmati kemudahan bandar dalam suasana santai.



turut disertakan bersama air minuman, air kotak serta peralatan asas kegunaan tandas 



Hotel ini bersih namun tekanan airnya sedikit kecil. Untuk pilihan peribadi penulis sendiri gemarkan hotel yang mempunyai tekanan air besar dan bantal yang mencukupi. Bagaimanapun, penulis berpuas hati dengan bilik nya yang agak besar, selesa dan bersih. 

SG Hotel 

Alamat: 56A-B, Jalan Bunga Raya, 35900 Tanjong Malim, Perak
Telefon: 012-250 0146

Scholar' Inn, Hotel Dalam UPSI Kampus Baru


Selain itu, Scholar’s Inn @ UPSI turut menjadi pilihan popular di kalangan pelancong. Tidak perlu diperkenalkan lagi.




Scholar’s Inn menawarkan suasana yang tenang dalam kampus UPSI.  Bagi penulis sendiri, hotel ini sememangnya selesa dan disertakan mini bufet sarapan pagi untuk dua orang. 

Menariknya lagi, selain peti ais mini, di dalam bilik juga tersedia sejadah, Al-Quran dan arah kiblat untuk pengunjung beragama Islam. 



Untuk yang berkeluarga, hotel ini juga dilengkapi kemudahan kolam renang. Pastikan anda membawa pakaian yang sesuai untuk masuk ke kolam ini, kerana terdapat peraturan yang disediakan. 

Terkini, hanya dengan berjalan kaki juga terdapat kemudahan pusat boling yang baru sahaja dibuka. 

Sekiranya musim graduasi, hotel ini akan sentiasa penuh dengan tempahan. Perlu diingatkan tempahan perlu dibuat menerusi panggilan telefon terlebih dahulu. Pengalaman penulis cuba menempah bilik hotel ini di aplikasi atas talian akan sentiasa tertulis penuh. Sedangkan bilik mereka lazimnya akan ada sekiranya bukan pada musim puncak. 

Untuk kakitangan kerajaan, hotel ini menawarkan harga yang istimewa.

Scholar's Suite

Universiti Pendidikan Sultan Idris, Kampus Sultan Azlan Shah, Proton City, 35900 Tanjong Malim, Perak
Telefon: 05-448 1922

Dengan pelbagai pilihan hotel seperti Sri Malim,SG Hotel, dan lain-lain, Tanjong Malim menyediakan penginapan yang sesuai untuk pelbagai keperluan dan bajet. Pengalaman menginap di sini pasti memberikan ketenangan dan keselesaan.

Nota Penulis :

  • Sedikit kecewa dengan Scholar's Inn kerana ada kemudahan di dalam bilik seperti tidak terurus dan dibersihkan dengan teliti. 

Comments

INSTAGRAM