Bufet Ramadan The Westin Kuala Lumpur Bertemakan 'Jom Balik Kampung'

The Westin Kuala Lumpur mempunyai 'tempat' yang agak peribadi dalam hati penulis kerana hotel ini merupakan antara kegemaran setiap kali ditanya hotel yang mempunyai makanan yang sedap. 


Setiap kali berpeluang datang ke sini, Lasagna mereka antara makanan yang penulis akan cari dahulu. Sememangnya sedap dan pilihan makanan di sini juga banyak pilihan. 

Bulan Ramadan semakin dekat,  The Westin Kuala Lumpur mempersembahkan bufet istimewa mereka bertemakan Jom Balik Kampung. 

Menyajikan pelbagai hidangan tradisional yang memikat selera, bufet ini pasti menghidupkan nostalgia berbuka puasa bersama keluarga di kampung halaman.








Tarikan Utama 

Antara tarikan utama bufet ini ialah pelbagai jenis sup tradisional seperti sup kambing gearbox, sup tulang rusuk, sup ekor, dan sup lidah. 


Bagi penggemar daging panggang, jangan lepaskan peluang mencuba kambing golek Balik Pulau serta hidangan istimewa Panggang D’Muara.


Untuk hidangan Panggang D'Muara akan dibakar secara langsung dan pilih sahaja menu yang diinginkan; ikan, ayam, sotong semuanya tersedia. 

Selain itu, pengunjung juga boleh menikmati Nasi Briyani utara yang disajikan bersama Acar Jelatah, Rendang Daging Bakar, dan Salmon Bakar Kuala Perlis. 




Pelbagai rendang, termasuk rendang lidah, rendang ayam kampung hijau, rendang daging bakar, dan rendang daging Pahang juga menanti pengunjung.

Hidangan pencuci mulut pula menawarkan aneka kuih-muih tradisional dan barat yang menyelerakan.





Untuk melengkapkan pengalaman berbuka puasa, bufet ini turut menyediakan pelbagai pilihan air balang seperti  Teh Halia,Teh Ais Madu Buih, Susu Jagung, Soya Cincau, Bandung Selasih, Air Ribena Strawberri dan banyak lagi. 


Harga Bufet Ramadan The Westin 

Tempahan awal amat digalakkan untuk menikmati tawaran menarik Ramadan kali ini.

Harga Early Bird 

Tempahan bermula : 15 Januari hingga 28 Februari 2025

Dewasa sahaja : RM155nett 

Diskaun : 

  • 20% untuk ahli kelab Marriot 
  • 20% untuk pemegang kad bank terpilih 
Harga Normal 

Dewasa : RM198nett 
Warga Emas : RM155nett
Kanak-kanak (berumur 7 hingga 12 tahun) : RM99nett

*Kanak-kanak berumur 6 tahun ke bawah percuma 
* Semua harga termasuk tax 

Untuk tempahan dan pertanyaan : 

Tel : +603 2773 8015
WhatsApp: +60 12-305 1715 / https://wa.me/60123051715
Email: westindining@westin.com
Pembelian atas talian :  www.thewestinkleshop.com

Nota penulis : Lokasi hotel juga sangat strategik berada di segi tiga emas Kuala Lumpur 

Comments

INSTAGRAM