Bufet Ramadan : Wajib Cuba Dendeng Kawah Di Le Meridien Putrajaya
Setiap tahun, Le Meridien Putrajaya menjadi destinasi pilihan penulis untuk menikmati bufet Ramadan yang penuh dengan pelbagai hidangan menarik.
Tahun ini, LM mempersembahkan tema Destinasi Rasa: Eksplorasi Citarasa Tempatan dan Antarabangsa, menawarkan pengalaman kulinari yang memikat.
Menu Tarikan
Antara tarikan utama yang wajib dicuba adalah Dendeng Daging, hidangan kegemaran penulis dan sudah pastinya kegemaran ramai yang terkenal dengan rasa lazatnya.
Selain itu, pengunjung juga dapat menikmati hidangan eksotik seperti Umai Sarawak, pelbagai jenis Gulai Kawah, Chai Tow Kway, Cempedak Goreng, Laksa Buyung, dan banyak lagi.
Yang pasti, tatkala melangkah masuk pengunjung pasti terpegun dengan pelbagai jenis hidangan, kuih-muih dan manisan, buah-buahan segar serta persembahan kebudayaan yang menghiburkan.
Lokasi Strategik
Sekiranya anda merancang untuk membeli-belah di IOI Mall Putrajaya, barangkali Le Meridien Putrajaya adalah pilihan yang tepat untuk berbuka puasa.
Tak perlu berebut atau tergesa-gesa mencari tempat untuk berbuka memandangkan hotel ini berkongsi bangunan yang sama dengan pusat membeli belah terkenal ini.
Harga Bufet Ramadan Le Meridien Putrajaya
Bufet Ramadan akan berlangsung setiap hari bermula dari 4 Mac hingga 28 Mac 2025 dengan kadar harga seperti berikut:
Untuk tempahan :
Tel : +603 8689 6888
e-mail : dining.lmputrajaya@lemeridien.com
Website : www.lemeridienputrajaya.com
Harga Early Bird ( Pembelian Sebelum 2 Mac 2025)
- Dewasa : RM 178 nett
- Kanak-kanak : RM 89 nett
Harga Normal
- Dewasa : RM 208 nett
- Kanak-kanak : RM 104 nett
Untuk penjimatan tambahan, terdapat diskaun istimewa bagi pengguna kad debit atau kredit terpilih. Nikmati suasana berbuka puasa yang selesa dengan sajian yang memuaskan di Le Meridien Putrajaya. Tempah awal untuk pengalaman bufet Ramadan yang tidak dapat dilupakan!
Nota Penulis : Mungkin pihak LM Putrajaya boleh jual hidangan dendeng secara take-away kerana penulis percaya ramai yang akan membelinya untuk dibawa pulang.
Comments
Post a Comment