Bufet Ramadan Sunway Putra Hotel 2025 Bertemakan Santapan Nusantara Putra
Seingat penulis, Sunway Putra Hotel Kuala Lumpur pada tahun lalu berada di antara tiga teratas bagi bufet Ramadan terbaik.
Antara Bufet Hotel Terbaik 2025
Pada tahun ini, Sunway Putra Hotel sekali lagi berjaya menambat selera penulis dan tidak keterlaluan jika dikatakan antara yang terbaik setakat 12 lokasi yang penulis berkesempatan cuba.
Bagi edisi 2025, hotel yang diiktiraf sebagai Kuala Lumpur’s Best City Hotel oleh Luxury Lifestyle Awards 2024 mempersembahkan lebih 100 hidangan yang memikat, menampilkan citarasa tradisional Malaysia, autentik Indonesia, serta sentuhan antarabangsa yang kreatif mengikut tema yang ditetapkan Santapan Nusantara Putra.
Menu Wajib Cuba
Hidangan Utama yang Perlu Dicuba:
Gerai Kuali-Kawah: Kambing Bakar & Gulai Daging Kawah.
- Gerai Sate Beragam: Sate Maranggi Sapi Purwakarta & Sate Kambing Kecap Madura.
- Gerai Kuah-Kuahan: Sup Tulang, Sup Bakso & Sup Sayur Asem
- Gerai Kuliner Nusantara: Daging Sapi Taliwang & Tongseng Kambing.
- Pencuci Mulut: Kek Pandan Gula Melaka, Bubur Pulut Hitam, & Sago Pelangi Gula Aren.
Jarang sekali penulis akan mengulangi sesebuah menu sekiranya membuat ulasan makanan. Namun disini, hidangan sate beragam dan Bakso Betawi mereka berjaya membuatkan penulis makan berulang kali.
Malah, hidangan pencuci mulut dan aneka kuih raya juga begitu lazat! Cuba bertanya pendapat pengunjung-pengunjung yang lain, rata-rata daripada mereka turut memuji kelazatan makanan disini.
Bufet ini berlangsung dari 1 hingga 30 Mac 2025 di Kopi Haus (Tingkat 9), dari jam 7 malam hingga 10 malam.
Harga Bufet Ramadan Sunway Putra Hotel
Harga Early Bird (Tempahan bermula 5 hingga 25 Februari)
Dewasa RM135 nett
Harga Normal
Dewasa RM159 nett
Kanak -kanak (berumur 6 hingga 12 tahun) : RM99 nett
*Bawah 6 tahun percuma
Peraduan Cabutan Bertuah juga berlangsung untuk pelanggan yang membeli enam atau lebih bufet dewasa dalam satu resit (1-23 Mac 2025) dan berpeluang memenangi baucar eksklusif.
Untuk tempahan :
Tel : +603 4040 9888
WhatsApp : +6019 305 2372
Website : https://www.sunwayhotels.com/sunway-putra
Nota penulis : Antara hotel yang strategik bersambung dengan pusat membeli belah
Comments
Post a Comment