Bufet Ramadan Palm Garden Hotel Putrajaya Sajikan Buah Durian
Setelah membuka tirainya semula pada November 2023, Palm Garden Hotel Putrajaya yang telah diubahsuai sepenuhnya menjadi hotel 5 bintang menarik perhatian ramai.
Kari Ikan Pemula Selera
Ini termasuk seleksi bufet Ramadan mereka. Bertemakan “Iftar Citarasa Kita” untuk tahun 2025. Bufet ini menawarkan pelbagai hidangan yang pasti memikat selera para pengunjung. Penulis berkesempatan untuk mencuba bufet Ramadan mereka dan ada beberapa menu yang berjaya memikat selera.
Sebagai contoh kari ikan. Untuk makluman pembaca semua, penulis tidak makan ikan, namun apabila melihat kepekatan kuah kari tersebut, terdetik niat di hati untuk mencuba kuah.
Tepat! Sememangnya pekat dan sedap meski hanya menghirup kuah. Ditambah pula terdapat aneka roti yang disediakan, bertambah seleranya.
Hidangan Utama
• Seafood on Ice: Menampilkan pilihan makanan laut segar seperti udang, ketam, dan kerang yang disajikan di atas ais, sesuai untuk pencinta makanan laut.
• Kambing Masak Hitam: Daging kambing dimasak dengan rempah ratus khas, menghasilkan rasa yang kaya dan mendalam.
• Gulai Masak Udang: Udang segar dimasak dalam kuah gulai berempah, memberikan rasa pedas dan beraroma.
• Udang Nestum ala Cina: Udang digoreng rangup dengan serbuk nestum dan daun kari, menambah sentuhan masakan Cina yang unik.
• Nasi Kukus Lamb Shank: Nasi kukus wangi disajikan bersama lamb shank yang dimasak lembut, memberikan gabungan tekstur dan rasa yang memuaskan.
• Kuzi Daging Masak Lemak: Daging dimasak dalam kuah lemak berkrim dengan rempah kuzi, menawarkan rasa yang kaya dan lezat.
• Gulai Kambing: Daging kambing dimasak dalam kuah gulai berempah, memberikan rasa pedas dan beraroma.
• Kari Ikan: Ikan segar dimasak dalam kuah kari pedas, sesuai untuk mereka yang menggemari hidangan berempah.
Pencuci Mulut dan Minuman
Bufet ini juga menawarkan pelbagai jenis roti, gorengan, dan manisan tradisional yang pasti memuaskan selera pencuci mulut anda. Untuk minuman, terdapat lapan jenis pilihan termasuk tebu segar memberikan kesegaran selepas menikmati hidangan utama.
Menariknya lagi, buah durian turut disajikan sebagai tarikan bufet Ramadan di Palm Garden Hotel. “Iftar Citarasa Kita” di hotel ini bukan sahaja menawarkan pelbagai hidangan lazat tetapi juga suasana yang selesa untuk berbuka puasa bersama keluarga dan rakan-rakan.
Pastikan anda tidak melepaskan peluang untuk menikmati pengalaman iftar yang istimewa ini.
Palms Cafe
Harga Early Bird
Tempahan bermula sehingga 15 Mac 2025( sementara kuota masih ada)
Dewasa : RM134 nett
Warga Emas dan kanak-kanak : RM67 nett
Harga Normal
Harga Early Bird
Tempahan bermula sehingga 15 Mac 2025( sementara kuota masih ada)
Dewasa : RM102 nett
Warga Emas dan kanak-kanak : RM51 nett
Harga Normal
Comments
Post a Comment