Berbuka Secara Eksklusif Di Cornerstone IPC Kuala Lumpur
Berdasarkan pengalaman penulis, kebanyakan masakan oleh syarikat katering tanah air kini setanding dengan hotel lima bintang! Manakan tidak, ada diantara cef mereka sendiri berpengalaman luas bekerja di hotel ternama.
Mungkin itu juga boleh digambarkan untuk Suri Catering & Merindu Savior Events & Management kini menjadi tumpuan dengan pelancaran Buffet Ramadan 2025 - From Kampung Street to Jalan Ampang 2.0.
Kolaborasi Dua Syarikat
Untuk info, bufet Ramadan ini merupakan kolaborasi antara Merindu Savior Events & Management, dan Suri Catering & Event Services. Penulis berkesempatan untuk mencuba makanan yang disajikan bersempena dengan pratonton bufet yang diadakan.
Boleh digambarkan berbuka di Cornerstone IPC Kuala Lumpur, pengunjung akan diperkenalkan dengan pelbagai hidangan eksklusif dalam suasana yang mewah dan elegan.
Keunikan Menu Dan Konsep
Pengunjung berpeluang menikmati pengalaman berbuka puasa dengan lebih 100 jenis menu berkonsepkan warisan Melayu. Antara hidangan tradisional yang ditawarkan termasuk aneka Gulai Kawah, Itik Salai Masak Lemak Cili Api, Tempoyak Daun Kayu dan Ubi Kayu Rebus dan Lempeng.
Mungkin ada diantara pembaca melihat menu-menu seperti ini kelihatan biasa, namun percaya atau tidak menu-menu ini ada ketika nya hanya dapat dirasa ketika acara atau perayaan tertentu terutamanya juadah tradisional.
Untuk syarikat ini sendiri mereka akan memastikan pengunjung merasai kepuasan menikmati hidangan yang disediakan oleh cef berpengalaman yang memastikan cita rasa asli dan kepuasan pelanggan.
Selain itu, dekorasi eksklusif bertema klasik elegan dihasilkan dengan kerjasama Lilit Pipit, diketuai oleh Bisron Akhmal, Ketua Pegawai Eksekutif. Transformasi Cornerstone IPC, Jalan Ampang, menjadi lokasi yang dinamik dan kondusif menjadikan pengalaman berbuka lebih unik dan istimewa.
Lokasi Strategik & Harga Berpatutan
Cornerstone IPC, Jalan Ampang, dipilih kerana kedudukannya yang strategik di tengah bandaraya Kuala Lumpur. Lokasi ini memberikan peluang kepada warga kota untuk menikmati juadah tradisional yang membawa kenangan kampung halaman.
Harga buffet juga berpatutan, iaitu:
- RM69.00: Kanak-kanak (6-12 tahun) & warga emas
- RM103.90: Tempahan awal sebelum 28 Februari 2025
- RM129.90: Tempahan selepas 3 Mac 2025
Dengan lebih 100 pilihan menu, harga yang ditawarkan pasti memberikan pengalaman berbuka puasa yang memuaskan.
Jangan lepaskan peluang untuk menikmati gabungan tradisi, rasa, dan kreativiti yang sempurna di Buffet Ramadan 2025 - From Kampung Street to Jalan Ampang 2.0.
Untuk pertanyaan dan tempahan:
Abdul Mutalib Abdul Shukor
Pengurus Projek
Merindu Savior Events & Management
No. Tel: +6018-2255 465
E-mel: hellomerindu@gmail.com
Alamat:
41, Jalan SG 10/4, Taman Gombak
No. Tel: +6018-395 8712
E-mel: merindusavior@gmail.com
Nota penulis : Penulis suka dengan nasi kenduri di sini. Kemudahan juga selesa dengan surau dan tandas di dalamnya. Ketika pelancaran tempat duduknya agak sempit dan padat namun penulis difahamkan pada musim Ramadan mereka akan susun semula kedudukan untuk keselesaan pengunjung.
Comments
Post a Comment