Jalan Jalan Hotel Kini Rasmi!

Portal Jalan-Jalan Hotel (JJH) kini secara rasminya beroperasi. Memfokuskan niche perhotelan, makanan dan destinasi, JJH diharap akan dapat memberikan pelbagai informasi yang menarik serta berguna buat semua pembaca. 

Sebelum ini, Instagram JJH terlebih dahulu beroperasi setelah mengambil alih akaun peribadi Blog Budak Pacak. Setelah memikirkan buat sejenak, maka terhasil portal ini untuk berkongsi pautan yang lebih menarik dan lebih panjang penceritaannya kelak. 



Bukan sahaja dapat membantu pembaca untuk membuat pilihan hotel yang mereka inginkan, JJH juga komited untuk membantu industri perhotelan negara dalam tujuan promosi. Malah, ia juga dapat membantu merancakkan lagi promosi Tahun Melawat Malaysia 2026 (TMM2026) kelak.

Antara segmen yang akan diperkenalkan adalah : 

Hotel Pilihan : Pengalaman penulis dalam membuat ulasan hotel yang dikunjungi

Hotel Bajet : Pengalaman penulis dalam membuat ulasan hotel bajet

Buffet Hotel : Pengalaman penulis dalam mencuba aneka menu dalam buffet hotel 

Buffet Ramadan : Pilihan untuk berbuka puasa di hotel menarik seluruh Malaysia

Icip : Pengalaman penulis dalam mencuba pelbagai aneka makanan secara ala carte atau tular di media sosial.

Selebriti Pilihan : Selebriti atau pengamal media sosial terkenal tanah air berkongsi pengalaman mereka menginap di hotel

Hotel Berhantu : Pengalaman seram menginap di hotel dari pengalaman penulis dan juga pembaca. (Nama hotel tidak akan didedahkan) 

Inap : Ulasan mengenai 'homestay' pilihan di seluruh Malaysia. 

Berbekalkan pengalaman 15 tahun di dalam bidang penulisan perhotelan, gaya hidup dan makanan, penulis berharap JJH ini akan dapat dimaanfaatkan sebaiknya. Segala bentuk kerjasama dan pelawaan promosi dari semua pihak juga dialu-alukan.

 Jalan. Healing. Makan. 

Comments

INSTAGRAM